Oleh : Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab.Ghani
Penyelaras Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam ( PKPII )
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS )
Kertas kerja ini membincangkan kelebihan mempelajari Ilmu Tajwid, kepentingannya dan mengupas beberapa hukum tajwid yang terkandung di dalam Umm al-Kitab
[1].
2. Pengertian Tajwid
Al-Syaikh al-Islam Zakaria al-Ansari pernah membentangkan pengertian tajwid itu dengan maksudnya : “ Iaitu bacaan yang tidak cacat makna dan i’rab ”. Mempelajari ilmu tajwid bermaksud mempelajari cara melafaz perkataan-perkataan al-Quran dengan betul.
3. Hukum Mempelajari Ilmu TajwidMempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah yang membawa erti sesebuah negeri atau daerah akan berdosa jika tidak ada orang yang mempelajari ilmu tersebut. Namun demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan kemestian al-Quran itu dibaca dengan bertajwid
[2]. Ini adalah bersesuaian dengan penurunannya secara bertajwid
[3].
4. Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajwid
Ilmu Tajwid adalah semulia-mulia ilmu kerana berhubung rapat dengan semulia-mulia kitab. Ini memberi erti bahawa seseorang yang mempelajari ilmu tajwid bermakna dia mempelajari al-Quran semulia-mulia kitab.
5. Huraian Hukum Tajwid Dalam Al-FatihahAntara hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalam al-Fatihah ialah sebagaimana berikut ;
5.1 Pertama : Hukum Lam Al-Ta’rif ( ال التعريف )
Iaitu lam mati yang didahului hamzah wasal
[4] berbaris atas dan selepasnya merupakan kata nama. Misalnya ; awal kalimah daripada ayat kedua.
Hukum Lam Ta’rif terbahagi kepada dua bahagian :
1. Izhar (nyata): Dinamakan sebagai Lam Qamariyyah
2. Idgham (memasukkan) : Dinamakan sebagai Lam Syamsiyyah
5.1.1 Lam Qamariyyah. Dibaca dengan izhar (nyata) lam apabila bertemu dengan salah satu daripada 14 huruf qamariyyah yang terkandung dalam rangkaikata :
إبْغِ حَجَّكَ وَخَفْ عَقِيمَهُ
Lam Qamariyyah ( اللام القمرية ) yang terdapat dalam al-Fatihah ;
5.1.2 Lam Syamsiyyah Dibaca dengan idgham (memasukkan) lam apabila bertemu dengan salah satu daripada 14 huruf syamsiyyah yang terkandung dalam rangkaikata :
طِبْ ثُمَّ صِلْ رَحْمًا تَفُزْ ضِفْ ذَا نِعَمْ
دَعْ سُوءَ ظَنٍّ زُرْ شَرِيفًا لِلْكَرَمِ
Lam Syamsiyyah ( اللام الشمسية ) yang terdapat dalam al-Fatihah ;
5.2 Kedua : MadMad dari segi bahasa : Pertambahan
[5]. Menurut istilah : Memanjangkan sebutan suara dengan huruf mad[
6] lebih dari dua harakat ketika bertemu hamzah atau sukun.
Mad terbahagi kepada dua bahagian ;
i. Mad Asli : Mad yang tidak terdapat huruf hamzah sama ada sebelum atau selepasnya, begitu juga tidak terdapat huruf mati selepasnya.
ii. Mad Far‘ie : Mad yang terdapat huruf hamzah sebelumnya atau selepasnya, begitu juga sekiranya terdapat huruf mati selepasnya. ِ
A. Mad Asli
Mad Asli yang terdapat dalam surah al-Fatihah ialah ;
Kadar harakat ; Bagi Mad Asli kadar harakatnya ialah 2 harakat.
B. Mad Far‘ie ;
Antara Mad Far‘ie
[16] yang terdapat dalam al-Fatihah ialah ;
i. Mad ‘Aridh Lissukun ( مد عارض للسكون )
Iaitu selepas huruf mad terdapat satu huruf yang berbaris dan terletak di akhir kalimah, tetapi dimatikannya kerana wakaf. Kalimah-kalimah yang berlaku hukum Mad ‘Aridh Lissukun ialah ;
Kadar harakat : Bagi Mad ‘Aridh Lissukun kadar harakatnya ialah harus dibaca 2 atau 4 atau 6 harakat.
ii. Mad Lin Iaitu huruf wau atau ya’ mati yang terletak selepas huruf berbaris atas dan diikuti pula huruf mati selepasnya kerana wakaf. Mad Lin yang terdapat dalam al-Fatihah sekiranya diwaqafkan padanya;
Kadar harakat : Apabila dibaca wakaf, maka kadar harakatnya harus dibaca 2 atau 4 atau 6 sebagaimana Mad ‘Aridh Lissukun. Tetapi sekiranya wasal maka dibaca qasr (tanpa mad).
iii. Mad Lazim
[17] Kalimi
[18] Muthaqqal
[19] Iaitu terdapat huruf mati yang lazim (tetap) selepas huruf mad dalam satu kalimah. Huruf yang mati itu diidghamkan (dimasukkan) ke dalam huruf selepasnya maka jadilah satu huruf yang bertasydid. Atau cara mudah untuk mengenali mad ini ialah apabila terdapat huruf yang bertasydid selepas huruf mad.
Dalam surah al-fatihah hanya terdapat satu sahaja Mad Lazim Kalimi Muthaqqal iaitu; Kadar harakat : Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dibaca 6 harakat.
5.3 Ketiga : Hukum Mim Sakinah ( مْ )
Mim sakinah ialah mim yang matinya tetap pada ketika wasal dan wakaf. Bagi mim sakinah terbahagi kepada tiga hukum apabila mim mati bertemu dengan salah satu daripada 28
[20] huruf hija‘iyyah ;
i. Izhar Syafawi ii. Ikhfa’ Syafawi iii. Idgham Mithlain Saghir
Walaubagaimanapun hukum mim sakinah yang terdapat dalam al-Fatihah ialah Izhar
[21] Syafawi
[22].
Hukum Izhar Syafawi terjadi apabila mim sakinah bertemu dengan selain huruf ba’ dan mim. Kalimah yang berlaku hukum izhar syafawi di dalam al-Fatihah ;
5.4 Keempat : Hukum Nun Sakinah ( نْ ) Dan Tanwin[23] ( ـًـــــٍــــٌ ) ;
Nun sakinah (nun yang mati) atau tanwin, apabila bertemu dengan salah satu daripada huruf-huruf hija‘iyyah
[24] maka ia terbahagi kepada empat hukum ;
i. Izhar ii. Idgham iii. Ikhfa’ iv. Iqlab
Walaubagaimanapun, di dalam surah al-Fatihah hanya terdapat satu hukum sahaja iaitu Izhar Halqi.
Bacaan Izhar bermaksud : menyatakan huruf nun mati atau tanwin apabila bertemu dengan salah satu daripada enam huruf yang terhimpun dalam rangkaikata :
أغْحٍ خَعَه
Dalam al-Fatihah hanya satu kalimah sahaja yang terjadi hukum Izhar Halqi ;
5.5 Kelima : Hamzah Wasal
Hamzah wasal ialah hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan bagi sesuatu perkataan dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Manakala pada resam pula hamzah wasal wujud pada semua keadaan sama ada wasal atau wakaf dengan diletakkan kepala sad ( )di atas alif.
Kedudukan hamzah wasal terletak pada dua keadaan ;
i. Terletak pada kata nama (isim) ii. Terletak pada kata kerja (fi‘il)
Bagi menentukan baris hamzah wasal pula perlu dilihat dari dua sudut ;
1. Bagi hamzah wasal yang terletak pada kata nama ( اسم ) ;
Jika terdapat lam ta’rif maka hamzah wasal dibariskan dengan baris atas.
Di dalam al-Fatihah, kalimah-kalimah berkenaan adalah seperti berikut ;
Jika tiada lam ta’rif maka hamzahnya dibariskan dengan baris di bawah.
2. Bagi hamzah wasal yang terletak pada kata kerja ( فعل ) , penentuan baris hamzah wasal itu bergantung pada huruf ketiga.
Huraiannya adalah sepeti berikut ; Jika huruf ketiga berbaris atas atau bawah, maka hamzah wasal itu dimulakan dengan baris bawah seperti ;
Jika huruf ketiga berbaris hadapan yang asal maka hamzah wasal dimulakan dengan baris hadapan seperti ;
Jika huruf ketiga berbaris hadapan yang mendatang (‘aridh), maka hamzah wasal dimulakan dengan baris bawah. Ini kerana asal baris hamzah tersebut berbaris bawah, maka sewajarlah hamzah wasal itu dimulakan dengan baris bawah seperti ;
(a) Surah Yunus : 71 Asalnya :
(b)Surah al-Hijr : 65 Asalnya : (c) Surah al-Kahf : 21 Asalnya : (d) Surah Toha : 64 Asalnya :
(e) Surah Sod : 6 Asalnya :
6. Penutup
Dengan kupasan hukum tajwid yang terdapat dalam al-Fatihah, diharap para peserta dapat menjadikan ia sebagai skill apabila melangkah masuk ke surah-surah yang lain. Perlu dinyatakan di sini, penjelasan hukum tajwid dalam al-Fatihah yang terkandung dalam kertas kerja ini belum komprehensif kerana masih banyak lagi hukum tajwid yang tidak dikupas seperti makhraj huruf, sifat huruf dan hukum wakaf. Walaubagaimanapun setengahnya disentuh melalui bacaan al-Fatihah secara amali.
p/s : kertas kerja ini masih belum siap sepenuhnya. Contoh-contoh belum dimasukkan lagi.
[1] Salah satu nama bagi surah al-Fatihah.
[2] Firman Allah s.w.t: al-Muzzammil : 4 ; " ورَتِّل القرأنَ ترْتيلاً " Maksudnya : “ Dan bacalah al-Quran secara tartil (tajwid)”
[3] Sabda Rasulullah s.a.w :" "إن الله تعالى يُحِبُّ أن يُقْرَأ القُرآنُ غَضًّا كَما أُنْزِلَ Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Ta’ala menyukai hambaNya yang membaca al-Quran bertepatan sebagaimana di diturunkan”-Riwayat Ibnu Khuzaimah.
[4] Hamzah wasal ialah hamzah tambahan yang terletak di awal kalimah yang dtetapkan ( dibaca ) ketika memulakan bacaan dengannya dan gugur apabila dibaca sambung dengan kalimah sebelumnya. Lihat Taisir al-Rahman Fi al-Tajwid al-Quran hlm : 264, Dar al-Taqwa, Shoubra al-Khimah, Mesir.
[5] Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran : 125 dan Nuh :12.
[6] Huruf mad ada tiga : Alif sebelumnya berbaris atas, wau sebelumnya berbaris hadapan dan ya’ sebelumnya berbaris bawah.
[7] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya.
[8] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya.
[9] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya.
[10] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya.
[11] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya.
[12] Jika diwakafkan padanya.
[13] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya.
[14] Jika diwakafkan padanya.
[15] Jika dibaca wasal dengan ayat pada surah berikutnya.
[16] Ulama’ qurra’ berbeza pendapat dalam membahagikan jenis-jenis Mad Far‘ie. Ada yang membahagikan kepada 14, 16, sehingga ada juga yang membahagikan kepada 34 jenis.Lihat Nihayat al-Qaul al-Mufid, karangan Syaikh Muhammad Makki Nasr al-Juraisi, hlm : 192, Maktabah al-Safa, 1999, Kaherah, Mesir.
[17] Dinamakan Lazim kerana kewujudan sebab bagi mad iaitu huruf mati tetap ada sama ada ketika wasal atau waqaf.
[18] Dinamakan Kalimi kerana kedudukan huruf mati yang asli selepas huruf mad itu terletak di dalam satu kalimah.
[19] Dinamakan Muthaqqal kerana adanya tasydid.
[20] Huruf Hija‘iyyah ada 29 huruf tidak termasuk Lam Alif ( لا ) kerana sepakat ulama’ mengatakan bahawa Lam dan Alif adalah gabungan dua huruf iaitu Lam dan Alif. Walaubagaimanapun di sini penulis hanya menyatakan 28 huruf hija‘iyyah sahaja kerana pada hukum mim mati tidak kedapatan ianya bertemu dengan huruf alif.
[21] Dinamakan izhar menunjukkan mim mat dinyatakan apabila bertemu dengan selain huruf ba’ dan mim.
[22] Dinamakan syafawi pula dinisbahkan kepada huruf mim yang keluar daripada dua bibir mulut.
[23] Tanwin ialah lafaz ( suara ) nun mati yang terdapat di akhir kata nama ( isim ).
[24] Berjumlah 28 huruf tidak termasuk huruf alif kerana alif tidak menerima baris sedangkan hukum ini terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf yang berbaris.