Friday, March 29, 2013

QIRAAT SEPULUH DALAM KALAM MULIA:SURAH AL-FATIHAH, SURAH AL-DHUHA HINGGA AL-NAS

Alhamdulillah, buku bertajuk "QIRAAT SEPULUH DALAM KALAM MULIA" siap diterbitkan buat tatapan pencinta ILMU QIRAAT. inilah kelahiran yg dinantikan daripada DUA KELAHIRAN... :). Tahun ni anugerah Ilahi kpdku ... kelahiran pertama JAN 2013 MUHAMMAD AMIR HADIF. dan kelahiran kedua pula 'AL-QIRAAT AL-'ASYR FI KALAM AL-AZIZ" MAC 2013 susunan suamiku Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab.Ghani

Friday, October 28, 2011

BUKU USUL RIWAYAT WARSY

Alhamdulilah yang dinanti2 akhirnya dapat ditatapi. Alhamdulillah, dapat diterbitkan buku keempat iaitu buku "Al-Tuhfah Al-Jauhariyyah Dalam Memahami Usul Riwayat Warsy Melalui Tariq Al-Syatibiyyah". Buku ini membincangkan kaedah bacaan al-Quran berdasarkan Riwayat Warsy iaitu salah satu daripada 20 riwayat yang mutawatir. Dapatkan buku ini di PKPII KIAS sekarang. Insya Allah akan berada di pasaran nanti. Terima kasih kepada Abu Hazieq yang menulis khat judul nama buku. Juga terima kasih kepada Ustaz Rawizal yang buat perwajahan buku.Terima kasih kepada anda pembaca buku ini.

Thursday, August 11, 2011

Pembentangan Buku "Qiraat 10 Mutawatirah Surah Al-Fatihah"

Al Tartil Centre akan menganjurkan satu program sempena Ramadhan ini iaitu pembentangan buku "Qiraat 10 Mutawatirah Surah Al-Fatihah" yang akan dibentangkan oleh penyusun buku itu sendiri iaitu Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab. Ghani, Pensyarah KIAS.

Program ini akan berlangsung sebagaimana berikut ;
Tarikh : 19 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh
Yuran : RM 30.00 ( Termasuk Buku Qiraat 10 Mutawatirah Surah Al-Fatihah )
Tempat : Dewan Al Tartil Centre, Machang, Kelantan

Pendaftaran dibuka sekarang

Sunday, May 15, 2011

Buku Qiraat 10 Mutawatirah Surah Al-Fatihah


Alhamdulillah, buku ketiga dapat diterbitkan. Buku ini dimulai dengan pengenalan ilmu Qiraat secara ringkas yang membincangkan tentang definisi Qiraat, hikmah kepelbagaian Qiraat, dalil wujud kepelbagaian bacaan al-Quran, Biografi Imam Hafs, Sanad Riwayat Hafs, dan senarai nama-nama imam Qiraat Sepuluh beserta perawi masing-masing. Pada bahagian akhir buku ini diperjelaskan satu persatu perbezaan Qiraat Sepuluh di dalam surah al-Fatihah SECARA BERWARNA bagi memudahkan pembaca memahami dengan jelas. Dapatkan buku ini di pasaran sekarang ( Syarikat Jaffar Rawas, Toko Warisan Trading Tngkt 1-Joo Chiat Complex Singapura atau di PKPII KIAS, Nilam Puri ) atau boleh dapatkan di Segambut Ustaz Yusri : 0132969037.

Friday, September 3, 2010

BENGKEL DHABT AL-MUSHAF

Tahukah anda apakah itu Dhabt al-Mushaf? Bilakah munculnya Dhabt al-Mushaf?Kekeliruan antara Rasm Uthmani dengan Dhbat al-Mushaf. Anda ingin membaca al-Quran secara bertajwid? Insya Allah...anda mampu dengan berbuat sedemikian dengan memahami dhabt al-Mushaf.
Ikutilah BENGKEL DHABT AL-MUSHAF yang akan diadakan pada :
Hari : Sabtu
Tarikh : 4 September 2010
Masa : 9.00 - 12.00 tgh
Tempat: Dewan Al Tartil, Machang
Yuran penyertaan : RM 15.00 sahaja ( Dibekalkan kertas kerja dan sijil penyertaan akan diberi)
Penceramah : Ustaz Muhammad Amiri Ab. Ghani
Pensyarah KIAS
Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat

Tuesday, June 1, 2010

KELAS INTENSIF IQRA' DAN AL-QURAN

Kelas intensif iqra’ dan al-Quran akan dijalankan sebagaimana berikut :
Tarikh : 6 hingga 9 & 13 hingga 16 Jun 2010
Hari : Ahad – Rabu ( 2 minggu )
Masa : 9.00 – 12.00 tgh

Yuran penyertaan : RM 20.00

Kelas akan dibimbing oleh Ustazah Nor Nabilah binti Ramli

BENGKEL SMART AL-QURAN (BSQ)

Terbuka kepada pelajar Iqra' dan Al-Quran berusia 5-15 tahun.

Tahap Satu : Iqra'
Tahap Dua : Al-Quran

Sistem Pembentangan
1. Memahami
2. Membaca
3. Menghafal

Bengkel akan dijalankan sebagaimana berikut :
Tarikh : 7 hingga 9 Jun 2010
Masa : 9.00-12.00 tgh
Tempat : Dewan Al-Tartil

Yuran Penyertaan : RM 30.00

Bengkel akan dikendalikan oleh ;
Ustazah Siti Hajar Deraman
( Pengurus Al-Tartil Centre )

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Al-Tartil Centre di talian :
013-923 7072 / 013-927 0172 / 013-922 7072

Monday, May 31, 2010

KELAS CELIK AL-QURAN DEWASA ( MUSLIMAT )

Al Tartil Centre menawarkan "KELAS CELIK AL-QURAN DEWASA ( MUSLIMAT ). Hanya terbuka kepada sesiapa yang belum mengenal huruf dan bercita-cita untuk menjadi seperti mereka yang mampu membaca al-Quran dengan baik.
Waktu Pengajian :
1. Setiap Sabtu : 5.30 - 6.45 ptg
2. Setiap Isnin : 5.45 - 6.45 ptg
Yuran :
1. Pendaftaran : RM 15.00 (termasuk nota pengajian)
2. Bulanan : RM 30.00
Keistimewaan :
1. Kelas berhawa dingin
2. Pembelajaran sistem Al Tartil
3. Penyampaian secara slide show
Tarikh Mula Kelas :
5 Jun 2010
Kelas dibimbing oleh :
Ustazah Siti Hajar ( Pengurus Al Tartil Centre )

Wednesday, February 24, 2010

KEM PERSEDIAAN AQIL BALIGH


Daftarlah segera, antara topik yang dikupaskan nanti oleh Pensyarah-pensyarah jemputan yang pakar dan berpengalaman dalam kem ;

  • Cara bersuci daripada hadas
  • Perkara berkaitan haidh
  • Cara mengambil wudhu' dan solat yang betul
  • Tips Penjagaan Kesihatan Bagi Wanita
  • Kaedah bertayammum
  • Penjelasan tentang aurat

Friday, January 1, 2010

MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR PRA AL TARTIL CENTRE






Jumaat 20 Nov 09 telah berlangsung satu majlis Konvokesyen Pelajar Pra Al Tartil Centre yang diadakan di Dewan Al Tartil. Seramai 14 orang pelajar menerima sijil tamat pengajian di sini. Kehadiran ibubapa pelajar menceriakan majlis di samping memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid adik-adik pra. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Penasihat Al Tartil Centre, Ust Muhammad Amiri.

Kelas Pra bagi sesi 2010 pula akan bermula pada 3 Januari 2010. Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak mereka di sini bolehlah membuat pendaftaran pada 2 Januari 2010 ( Sabtu ) dari jam 9 pagi - 5 petang.
Antara pelajaran yang diajar di sini ialah ;

TARTIL QIRAAT AL-QURAN, HAFAZAN & FARDHU ‘AIN, IQRA’, CEPAT MEMBACA (BAHASA MALAYSIA), BAHASA ARAB, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, ASAS JAWI, TAUHID, AKHLAK DAN FEQAH ( PRAKTIKAL SOLAT )

Monday, November 2, 2009

Album Majlis Idilfitri 09

Pelajar beratur untuk pendaftaran...haa..siapa datang awal dapat nombor cabutan bertuah.

solat Asar berjemaah

Pelajar beri perhatian penuh mendengar ucapan daripada Pengurus Al Tartil Centre
Persembahan daripada pelajar Al Tartil Centre

adik Rafiq dan Radzif sedang berpantun...
persembahan nasyid daripada kumpulan Hafs....sedapnya suara adik-adik ni....
Ustaz Zulkiflee Bachik, Pengurus At Tartil Consultancy & Services, Singapura turut menyerikan majlis...menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Sesi Fotografi


Ayahanda Hj. Ab. Ghani b. Md Amin Imam Masjid Al-Ihsan merangkap Penasihat II Al Tartil Centre, membaca doa..

Juadah Raya

Terima kasih kepada pelajar yang membawa kek "Al Tartil" untuk dirasai bersama

Friday, October 23, 2009

Majlis Idilfitri 2009 meriah...

Alhamdulillah..tanggal 14 0ct 2009 al tartil dengan jayanya telah selamat mengadakan majlis hari raya aidil fitri. Majlis ini bermula dengan pendaftaran para pelajar pada jam 4 petang..namun sambutan diluar jangkaan kerana para pelajar telah mendaftarkan diri seawal jam 3 petang..ini kerana pelajar yang mendaftarkan diri 20 minit sebelum majlis bermula akan mendapat cabutan bertuah.

Setelah pelajar mendaftarkan diri para pelajar telah dihimpunkan di dewan altartil. Sambil menunggu waktu asar..seluruh penjuru dewan dihidangkan dengan halwa telinga yang menginsafkan diri iaitu dengan alunan-alunan selawat dan tasbih kepada yang esa. Solat asar yang diimami oleh suamiku tersayang, yang mana diakhiri solat asar juga dengan tasbih-tasbih memuji ilahi.Selesai mengerjakan solat asar,para pelajar mengambil tempat masing-masing.

Majlis ini dimulai dengan lagu altartil dan dipengerusikan oleh us mohd firdaus..satu-satunya ustaz yang berkhidmat di altartil.Aku memberi sepatah dua kata untuk merasmikan majlis ini,seterusnya cabutan bertuah diselangi dengan persembahan para pelajar.
Turut hadir di majlis ini juga ialah ayahanda dan bonda serta Ustaz Zulkifli sahabat suamiku dari singapura yang merupakan pengurus AtTartil consultancy & services. Kalian boleh layari laman web beliau... Http://attartil.multiply.com/

Majlis ini juga diteruskan dengan acara bergambar.oppss lupa!! Seramai 160 pelajar altartil hadir memeriahkan majlis ini.
Setelah selesai acara dewan..acara yang di tunggu-tunggu iaitu acara makan. Banyak juadah hari raya yang dibawa oleh para pelajar..termasuk sebiji kek yang ditempah khusus untuk altartil..majlis ini berakhir pada jam 6.45 petang yang meninggalkan sebuah memori di dalam lipatan kenangan yang sukar dilupakan untuk selamanya.
Terima kasih banyak kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.kepada para tenaga pengajar tanpa kalian siapalah altartil..kepada suamiku..tanpa sokongan moral darimu siapalah aku..oleh itu terima kasih banyak-banyak.

Friday, October 2, 2009

KELAS TALAQQI QIRAAT AL-QURAN

Kelas Talaqqi Qiraat al-Quran yang akan dibimbing oleh Ustaz Muhammad Amiri B. Ab. Ghani, Pensyarah KIAS akan dimulakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 5 Oktober 2009

Hari : Isnin

Tempat :Al Tartil Centre

Masa : 5.45 - 7.00 mlm ( Dewasa Muslimat )
: 9.30 - 10.45 mlm ( Dewasa Muslimin )

Yuran : RM 10.00 ( Pendaftaran )
: RM 20.00 - Yuran bulanan bagi Muslimat
: RM 30.00 - Yuran bulanan bagi Muslimin

Keterangan lanjut sila hubungi :
Pengurus Al Tartil Centre
Ustazah Hajar : 013-9237072

Thursday, October 1, 2009

PENDAFTARAN KURSUS " HAYYA BILUGHATIL QURAN" SESI OKT 09 - JAN 10

Pengenalan
Al-Qur’an dan al-Hadis adalah sumber utama bagi ilmu pengetahuan di dalam Islam. Kedua-dua sumber tersebut berpengantarkan bahasa Arab. Oleh itu, untuk memahami kedua-duanya memerlukan pengetahuan mengenai bahasa Arab sama ada dari segi kosa kata, tatabahasa dan semantika.Kursus ini cuba mengenengahkan beberapa tajuk penting di dalam ilmu bahasa Arab untuk memahami al-Qur’an dan al-Hadis melalui modul-modul yang disediakan.
Objektif
Selepas mengikuti kursus ini, insya-Allah peserta dijangkakan akan dapat :
* memahami maksud ayat-ayat al-Qur’an melalui kaedah-kaedah nahu dan sorf yang dipelajari.
* menggunakan kaedah-kaedah tersebut untuk memahami teks-teks berbahasa Arab yang lain.
* menggunakan bahasa Arab yang dipelajari dalam penuturan dan penulisan ringkas.
Kandungan Kursus
(Modul 1 = 30 jam):
Kajian Surah-surah berikut :
Al-Fatihah, Al-Nas hingga al-Qadr
Waktu Kuliah
Setiap Jumaat
Bermula pada 16 Oktober 2009
Masa Bagi Modul 1:
8.00 - 10.00 pg
Masa Bagi Modul 2 :
sesi 1) 10.00 - 12.00 tgh ( Bagi yang sudah ada asas Bahasa Arab )
sesi 2) 3.00 - 5.00 petang ( Bagi yang tiada asas Bahasa Arab )
Yuran Pengajian
RM 170.00 termasuk pendaftaran dan nota pengajian bagi satu modul.
Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan sepanjang tempoh pengajian setiap modul.
Daftar segera!! Tempat Terhad.
Bagi pendaftaran secara online sila click comments dan masukkan nama penuh, no ic dan nombor telefon.

Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS 'IDIL FITRI

Al Tartil Centre menjemput semua pelajar Al Tartil Centre ke Majlis 'Idil Fitri 1430 pada :

Tarikh : 14 Oktober 2009
Hari : Rabu
Masa : 4.30 - 6.30
Tempat : Dewan Al Tartil
Pelajar-pelajar yang datang 20 minit awal akan diberikan nombor untuk cabutan bertuah.

Semoga kehadiran adik semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut. Diharapkan pelajar-pelajar dapat membawa makanan atau kuih raya untuk dinikmati bersama Ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan rakan-rakan.

Sebahagian Pelajar-pelajar Al Tartil Centre bergambar sempena majlis 'Idil Fitri 2008

Tuesday, September 22, 2009

SESI FOTOGRAFI BERSAMA KELUARGA

Alhamdulillah, menjadi kebiasaan dan kelaziman pada hari raya kedua semua adik beradik berkumpul di Istana Bahagia, Machang. Inilah keluarga suamiku tercinta. Lihatlah betapa ramai adik beradiknya. Semua adik beradiknya yang seramai 10 orang iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan balik beraya dan berhimpun. Semoga keceriaan yang terbina berterusan hingga ke anak cucu cicit.
Pengisian Hari Keluarga Pada Hari Raya...
Sambil bersalam bermaaf-maafan..."Nak duit raya!!!nak duit raya!!!".mmm...siap berbaris lagi.
menjamu selera anak-anakku dengan sepupu mereka...mengeratkan tali persaudaraan.

Anakku yang sulung Amirah Hasifah sedang perdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Pucat mukanya sebab tiba-tiba je Abinya suruh dia duk kat depan sepupu-sepupunya dan baca beberapa ayat daripada surah al-Baqarah.
Acara gamesssss...saksikan penuh debaran!!

Bersiap sedia untuk bowling kelapa...alhamdulillah..kena sasaran tau!! baju biru tu adik iparku dari Penang..zaujah Abu Hazieq.blogspot.com

Belon tu bukan untuk dipandang je..tapi setiap kumpulan kena pecahkan belon mengikut warna yang diarah. mata pulak ditutup. Haa..pandai2 lah cari ikut arahan ketua. Belon tu siap berisi air lagi.

Seramnya!!sampai anakku si Hasif tak bergambar sekali sebab menangis..takut.sape tu? haha..itulah suamiku. Pertandingan "The Mummy"..siapa siap awal dengan dibekalkan 2 gulung tisu, dia johan. YE!YE! Kumpulan kelurgaku jadi juara.

Tahniah..tahniah!!...emm...dapat cabutan nombor telefon bertuah. 3 nombor telefon jadi bertuah. Dapatlah 3 hadiah. Jgn jelous ye adik-adik.hihi.Tahun depan beli sim card bnyk2 ye...

Saturday, September 19, 2009

1 Syawwal 1430

Sempena kehadiran 1 Syawwal 1430h, Al Tartil Centre mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin" kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya buat Tenaga Pengajar Al Tartil Centre, ibubapa/penjaga Pelajar Al Tartil Centre, pelajar-pelajar Al Tartil Centre.

Semoga kehadiran Syawwal tahun ini membawa seribu pengertian dan keinsafan kepada kita dan semoga amal ibadat yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan diterima Allah s.w.t, seterusnya membentuk diri kita sebagai orang yang bertaqwa.

Firman Allah s.w.t : (Al-Baqarah : 183 ) yang bermaksud ;

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Friday, September 18, 2009

DOA TILAWAH AL-QURAN

Doa ini dibaca oleh pelajar Al Tartil Centre setiap kali berakhir kelas pengajian mereka ;

•Ya Allah, Ya Tuhan kami! Rahmatilah kami dengan Al-Quran

dan jadikanlah Al-Quran bagi kami sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami!Ingatkanlah kami apa yang kami terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran.

Ajarkanlah kami daripada Al-Quran apa yang belum kami ketahui.

Berikanlah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang;

dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagi kami (untuk menyelamatkan kami di akhirat),

wahai Tuhan Sekalian Alam.

Thursday, September 17, 2009

MENELUSURI ILMU TAJWID : TUMPUAN TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Oleh : Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab.Ghani
Penyelaras Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam ( PKPII )
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS )

Kertas kerja ini membincangkan kelebihan mempelajari Ilmu Tajwid, kepentingannya dan mengupas beberapa hukum tajwid yang terkandung di dalam Umm al-Kitab[1].

2. Pengertian Tajwid
Al-Syaikh al-Islam Zakaria al-Ansari pernah membentangkan pengertian tajwid itu dengan maksudnya : “ Iaitu bacaan yang tidak cacat makna dan i’rab ”. Mempelajari ilmu tajwid bermaksud mempelajari cara melafaz perkataan-perkataan al-Quran dengan betul.

3. Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid
Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah yang membawa erti sesebuah negeri atau daerah akan berdosa jika tidak ada orang yang mempelajari ilmu tersebut. Namun demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan kemestian al-Quran itu dibaca dengan bertajwid[2]. Ini adalah bersesuaian dengan penurunannya secara bertajwid[3].

4. Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajwid
Ilmu Tajwid adalah semulia-mulia ilmu kerana berhubung rapat dengan semulia-mulia kitab. Ini memberi erti bahawa seseorang yang mempelajari ilmu tajwid bermakna dia mempelajari al-Quran semulia-mulia kitab.

5. Huraian Hukum Tajwid Dalam Al-Fatihah
Antara hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalam al-Fatihah ialah sebagaimana berikut ;
5.1 Pertama : Hukum Lam Al-Ta’rif ( ال التعريف )
Iaitu lam mati yang didahului hamzah wasal [4] berbaris atas dan selepasnya merupakan kata nama. Misalnya ; awal kalimah daripada ayat kedua.

Hukum Lam Ta’rif terbahagi kepada dua bahagian :
1. Izhar (nyata): Dinamakan sebagai Lam Qamariyyah
2. Idgham (memasukkan) : Dinamakan sebagai Lam Syamsiyyah

5.1.1 Lam Qamariyyah. Dibaca dengan izhar (nyata) lam apabila bertemu dengan salah satu daripada 14 huruf qamariyyah yang terkandung dalam rangkaikata :
إبْغِ حَجَّكَ وَخَفْ عَقِيمَهُ
Lam Qamariyyah ( اللام القمرية ) yang terdapat dalam al-Fatihah ;

5.1.2 Lam Syamsiyyah Dibaca dengan idgham (memasukkan) lam apabila bertemu dengan salah satu daripada 14 huruf syamsiyyah yang terkandung dalam rangkaikata :
طِبْ ثُمَّ صِلْ رَحْمًا تَفُزْ ضِفْ ذَا نِعَمْ
دَعْ سُوءَ ظَنٍّ زُرْ شَرِيفًا لِلْكَرَمِ
Lam Syamsiyyah ( اللام الشمسية ) yang terdapat dalam al-Fatihah ;

5.2 Kedua : Mad
Mad dari segi bahasa : Pertambahan[5].
Menurut istilah : Memanjangkan sebutan suara dengan huruf mad[6] lebih dari dua harakat ketika bertemu hamzah atau sukun.

Mad terbahagi kepada dua bahagian ;
i. Mad Asli : Mad yang tidak terdapat huruf hamzah sama ada sebelum atau selepasnya, begitu juga tidak terdapat huruf mati selepasnya.

ii. Mad Far‘ie : Mad yang terdapat huruf hamzah sebelumnya atau selepasnya, begitu juga sekiranya terdapat huruf mati selepasnya. ِ
A. Mad Asli
Mad Asli yang terdapat dalam surah al-Fatihah ialah ;
Kadar harakat ; Bagi Mad Asli kadar harakatnya ialah 2 harakat.
B. Mad Far‘ie ;
Antara Mad Far‘ie[16] yang terdapat dalam al-Fatihah ialah ;
i. Mad ‘Aridh Lissukun ( مد عارض للسكون )
Iaitu selepas huruf mad terdapat satu huruf yang berbaris dan terletak di akhir kalimah, tetapi dimatikannya kerana wakaf. Kalimah-kalimah yang berlaku hukum Mad ‘Aridh Lissukun ialah ;
Kadar harakat : Bagi Mad ‘Aridh Lissukun kadar harakatnya ialah harus dibaca 2 atau 4 atau 6 harakat.

ii. Mad Lin Iaitu huruf wau atau ya’ mati yang terletak selepas huruf berbaris atas dan diikuti pula huruf mati selepasnya kerana wakaf. Mad Lin yang terdapat dalam al-Fatihah sekiranya diwaqafkan padanya;
Kadar harakat : Apabila dibaca wakaf, maka kadar harakatnya harus dibaca 2 atau 4 atau 6 sebagaimana Mad ‘Aridh Lissukun. Tetapi sekiranya wasal maka dibaca qasr (tanpa mad).

iii. Mad Lazim[17] Kalimi[18] Muthaqqal[19]
Iaitu terdapat huruf mati yang lazim (tetap) selepas huruf mad dalam satu kalimah. Huruf yang mati itu diidghamkan (dimasukkan) ke dalam huruf selepasnya maka jadilah satu huruf yang bertasydid. Atau cara mudah untuk mengenali mad ini ialah apabila terdapat huruf yang bertasydid selepas huruf mad.
Dalam surah al-fatihah hanya terdapat satu sahaja Mad Lazim Kalimi Muthaqqal iaitu; Kadar harakat : Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dibaca 6 harakat.

5.3 Ketiga : Hukum Mim Sakinah ( مْ )
Mim sakinah ialah mim yang matinya tetap pada ketika wasal dan wakaf. Bagi mim sakinah terbahagi kepada tiga hukum apabila mim mati bertemu dengan salah satu daripada 28[20] huruf hija‘iyyah ;
i. Izhar Syafawi ii. Ikhfa’ Syafawi iii. Idgham Mithlain Saghir
Walaubagaimanapun hukum mim sakinah yang terdapat dalam al-Fatihah ialah Izhar[21] Syafawi[22].
Hukum Izhar Syafawi terjadi apabila mim sakinah bertemu dengan selain huruf ba’ dan mim. Kalimah yang berlaku hukum izhar syafawi di dalam al-Fatihah ;

5.4 Keempat : Hukum Nun Sakinah ( نْ ) Dan Tanwin[23] ( ـًـــــٍــــٌ ) ;
Nun sakinah (nun yang mati) atau tanwin, apabila bertemu dengan salah satu daripada huruf-huruf hija‘iyyah[24] maka ia terbahagi kepada empat hukum ;

i. Izhar ii. Idgham iii. Ikhfa’ iv. Iqlab
Walaubagaimanapun, di dalam surah al-Fatihah hanya terdapat satu hukum sahaja iaitu Izhar Halqi.

Bacaan Izhar bermaksud : menyatakan huruf nun mati atau tanwin apabila bertemu dengan salah satu daripada enam huruf yang terhimpun dalam rangkaikata :
أغْحٍ خَعَه
Dalam al-Fatihah hanya satu kalimah sahaja yang terjadi hukum Izhar Halqi ;

5.5 Kelima : Hamzah Wasal
Hamzah wasal ialah hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan bagi sesuatu perkataan dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Manakala pada resam pula hamzah wasal wujud pada semua keadaan sama ada wasal atau wakaf dengan diletakkan kepala sad ( )di atas alif.

Kedudukan hamzah wasal terletak pada dua keadaan ;
i. Terletak pada kata nama (isim) ii. Terletak pada kata kerja (fi‘il)
Bagi menentukan baris hamzah wasal pula perlu dilihat dari dua sudut ;

1. Bagi hamzah wasal yang terletak pada kata nama ( اسم ) ;
Jika terdapat lam ta’rif maka hamzah wasal dibariskan dengan baris atas.
Di dalam al-Fatihah, kalimah-kalimah berkenaan adalah seperti berikut ;
Jika tiada lam ta’rif maka hamzahnya dibariskan dengan baris di bawah.

2. Bagi hamzah wasal yang terletak pada kata kerja ( فعل ) , penentuan baris hamzah wasal itu bergantung pada huruf ketiga.
Huraiannya adalah sepeti berikut ; Jika huruf ketiga berbaris atas atau bawah, maka hamzah wasal itu dimulakan dengan baris bawah seperti ;

Jika huruf ketiga berbaris hadapan yang asal maka hamzah wasal dimulakan dengan baris hadapan seperti ;

Jika huruf ketiga berbaris hadapan yang mendatang (‘aridh), maka hamzah wasal dimulakan dengan baris bawah. Ini kerana asal baris hamzah tersebut berbaris bawah, maka sewajarlah hamzah wasal itu dimulakan dengan baris bawah seperti ;

(a) Surah Yunus : 71 Asalnya :
(b)Surah al-Hijr : 65 Asalnya : (c) Surah al-Kahf : 21 Asalnya : (d) Surah Toha : 64 Asalnya :
(e) Surah Sod : 6 Asalnya :

6. Penutup
Dengan kupasan hukum tajwid yang terdapat dalam al-Fatihah, diharap para peserta dapat menjadikan ia sebagai skill apabila melangkah masuk ke surah-surah yang lain. Perlu dinyatakan di sini, penjelasan hukum tajwid dalam al-Fatihah yang terkandung dalam kertas kerja ini belum komprehensif kerana masih banyak lagi hukum tajwid yang tidak dikupas seperti makhraj huruf, sifat huruf dan hukum wakaf. Walaubagaimanapun setengahnya disentuh melalui bacaan al-Fatihah secara amali.

p/s : kertas kerja ini masih belum siap sepenuhnya. Contoh-contoh belum dimasukkan lagi.

[1] Salah satu nama bagi surah al-Fatihah. [2] Firman Allah s.w.t: al-Muzzammil : 4 ; " ورَتِّل القرأنَ ترْتيلاً " Maksudnya : “ Dan bacalah al-Quran secara tartil (tajwid)” [3] Sabda Rasulullah s.a.w :" "إن الله تعالى يُحِبُّ أن يُقْرَأ القُرآنُ غَضًّا كَما أُنْزِلَ Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Ta’ala menyukai hambaNya yang membaca al-Quran bertepatan sebagaimana di diturunkan”-Riwayat Ibnu Khuzaimah. [4] Hamzah wasal ialah hamzah tambahan yang terletak di awal kalimah yang dtetapkan ( dibaca ) ketika memulakan bacaan dengannya dan gugur apabila dibaca sambung dengan kalimah sebelumnya. Lihat Taisir al-Rahman Fi al-Tajwid al-Quran hlm : 264, Dar al-Taqwa, Shoubra al-Khimah, Mesir. [5] Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran : 125 dan Nuh :12. [6] Huruf mad ada tiga : Alif sebelumnya berbaris atas, wau sebelumnya berbaris hadapan dan ya’ sebelumnya berbaris bawah. [7] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya. [8] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya. [9] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya. [10] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya. [11] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya. [12] Jika diwakafkan padanya. [13] Jika dibaca wasal dengan ayat berikutnya. [14] Jika diwakafkan padanya. [15] Jika dibaca wasal dengan ayat pada surah berikutnya. [16] Ulama’ qurra’ berbeza pendapat dalam membahagikan jenis-jenis Mad Far‘ie. Ada yang membahagikan kepada 14, 16, sehingga ada juga yang membahagikan kepada 34 jenis.Lihat Nihayat al-Qaul al-Mufid, karangan Syaikh Muhammad Makki Nasr al-Juraisi, hlm : 192, Maktabah al-Safa, 1999, Kaherah, Mesir. [17] Dinamakan Lazim kerana kewujudan sebab bagi mad iaitu huruf mati tetap ada sama ada ketika wasal atau waqaf. [18] Dinamakan Kalimi kerana kedudukan huruf mati yang asli selepas huruf mad itu terletak di dalam satu kalimah. [19] Dinamakan Muthaqqal kerana adanya tasydid. [20] Huruf Hija‘iyyah ada 29 huruf tidak termasuk Lam Alif ( لا ) kerana sepakat ulama’ mengatakan bahawa Lam dan Alif adalah gabungan dua huruf iaitu Lam dan Alif. Walaubagaimanapun di sini penulis hanya menyatakan 28 huruf hija‘iyyah sahaja kerana pada hukum mim mati tidak kedapatan ianya bertemu dengan huruf alif. [21] Dinamakan izhar menunjukkan mim mat dinyatakan apabila bertemu dengan selain huruf ba’ dan mim. [22] Dinamakan syafawi pula dinisbahkan kepada huruf mim yang keluar daripada dua bibir mulut. [23] Tanwin ialah lafaz ( suara ) nun mati yang terdapat di akhir kata nama ( isim ). [24] Berjumlah 28 huruf tidak termasuk huruf alif kerana alif tidak menerima baris sedangkan hukum ini terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf yang berbaris.

Tuesday, September 15, 2009

Latar Belakang Al Tartil Centre

Oleh : Pengurus Al Tartil Centre


Al Tartil Centre merupakan pusat pengajian yang menawarkan kelas pengajian al-Quran dan fardhu ain untuk kanak-kanak dan kelas Talaqqi Qiraat al-Quran kepada golongan dewasa. Al Tartil Centre juga aktif dalam penganjuran seminar, motivasi dan bengkel keagamaan Islam.

Mula ditubuhkan pada 27 Jun 2004. Namun ketika itu, Al Tartil Centre yang tidak mempunyai pusat pentadbiran khusus, tampil dengan penganjuran Seminar Pengukuhan al-Fatihah yang dilaksanakan secara bersama oleh tiga orang pensyarah daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ). Mereka terdiri daripada al-Fadhil Ustaz Mohd Azhar Abdullah, al-Fadhil Ustaz Muhammad Lukman Ibrahim dan al-fadhil Ustaz Muhammad Amiri Ab.Ghani iaitu suami kepada Pengurus Al Tartil Centre. Hasil gandingan daripada tiga pensyarah ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing (fiqh, jampi, tasauf, Ilmu Qiraat, tajwid, Ilmu Tarannum asli dan murattal dan motivasi ), Seminar Pengukuhan al-Fatihah telah diadakan di serata tempat khususnya di masjid-masjid dalam negeri dan luar negeri termasuk Singapura.

Pada 27 Febuari 06, dengan izin Allah s.w.t Al Tartil Centre dapat melangkah setapak kehadapan setelah mempunyai bangunan yang disewa bagi menawarkan kelas pengajian al-Quran dan Fardhu ain kepada kanak-kanak tempatan. Permulaannya Al Tartil Centre hanya mempunyai belasan pelajar sahaja sepanjang 2006. Jika atas asas perniagaan semata-mata, Al Tartil Centre sudah tentu bernafas hanya untuk beberapa bulan sahaja memandangkan terpaksa menampung kos sewa bangunan yang melepasi pendapatan jumlah bayaran yuran yang dikenakan ke atas pelajar. Namun, pihak Al Tartil Centre yakin jika kita ikhlas untuk menyebarkan ilmuNya dan menyumbangkan kebaikan kepada umat Islam serta berbekalkan kesabaran dalam apa jua urusan insya Allah, Dia akan memudahkan segala urusan kita dan Dia akan menggantikan yang lebih baik kepada kita. Alhamdulillah, akhirnya Al Tartil Centre masih dapat beroperasi dengan menguruskan ratusan pelajar kini.

Semenjak beroperasi berpusat di Machang sehingga kini ( September 09 ) sebanyak 17 program yang telah dianjurkan oleh Al Tartil Centre. Program-program tersebut adalah :

1. Bengkel Penulisan Jawi Dan Khat ( B-JAK ) (1,2,8,9 dan 10 Disember 2006 )

2. Kem Tahfiz Surah-surah Pilihan ( 11-15 Mac 2007 )

3. Seminar Pengukuhan Al-Fatihah : Amali Dan Penghayatan Kontemporari ( 1 April 2007 )

4. Kem Bestari Solat, Hafazan Dan Kenali Bahasa Arab (26-29 Nov 2007 )

5. Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Jawi Kaedah Terkini ( 5 & 12 Januari 2008 )

6. Gema Maulidurrasul Alaf Digital ( 29 Mac 2008 )

7. Kursus Pemantapan Ilmu Tajwid - Siri 1 ( 19 Mei 2008 )

8. Kem Bahasa ( Bahasa Arab, Bahasa Inggeris Dan Bahasa Cina ) ( 25-27 Mei 2008 )

9. Kursus Pemantapan Ilmu Tajwid - Siri 2 ( 19 Julai 2008 )

10. Kursus Bahasa Al-Quran ( 3 Modul ) ( 2008 - 2009 )

11. Kursus Pemantapan Dan Penghayatan Surah Yaasiin ( 3 Januari 2009 )

12. Kursus Hayya Bilughatil Quran ( 3 Modul ) ( 2009 - 2010 )

13. Kursus Kesempurnaan Solat ( 6 Jun 2009 )

14. Kem Remaja Muslim ( 9 - 10 Jun 2009 )

15. Bengkel Ilmu Resam Uthmani ( 18 Julai 2009 )

16. Bengkel Qiraat (1) : Kaedah Riwayat Warsy ( 5 September 2009 )

17. Motivasi Alaf Digital ( Program 2 bulan sekali ) secara percuma kepada pelajar Al Tartil Centre

Pihak Al Tartil Centre mengharapkan doa daripada muslimin dan muslimat terutama pengunjung blog ini agar Al Tartil Centre terus mara ke hadapan dengan membawa misi "Bersama Membina Generasi Al-Quran". Mudah-mudahan Al Tartil Centre dapat memperbanyakkan lagi program yang bermunafaat kepada umat Islam. Pihak kami juga sudi menerima apa jua bentuk bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak yang dermawan serta bermurah hati bagi melicinkan lagi pengurusan pihak Al Tartil Centre dalam mengatur pelbagai program lagi. Bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan secara ikhlas bolehlah terus ke pejabat Al Tartil Centre, Machang atau boleh menyalurkan terus atas nama Al Tartil Centre, akaun BIMB: 03045010024283. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki kepada tuan/puan muslimin dan muslimat yang berkongsi dalam membina generasi al-Quran.