Wednesday, February 24, 2010

KEM PERSEDIAAN AQIL BALIGH


Daftarlah segera, antara topik yang dikupaskan nanti oleh Pensyarah-pensyarah jemputan yang pakar dan berpengalaman dalam kem ;

  • Cara bersuci daripada hadas
  • Perkara berkaitan haidh
  • Cara mengambil wudhu' dan solat yang betul
  • Tips Penjagaan Kesihatan Bagi Wanita
  • Kaedah bertayammum
  • Penjelasan tentang aurat

Friday, January 1, 2010

MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR PRA AL TARTIL CENTRE






Jumaat 20 Nov 09 telah berlangsung satu majlis Konvokesyen Pelajar Pra Al Tartil Centre yang diadakan di Dewan Al Tartil. Seramai 14 orang pelajar menerima sijil tamat pengajian di sini. Kehadiran ibubapa pelajar menceriakan majlis di samping memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid adik-adik pra. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Penasihat Al Tartil Centre, Ust Muhammad Amiri.

Kelas Pra bagi sesi 2010 pula akan bermula pada 3 Januari 2010. Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak mereka di sini bolehlah membuat pendaftaran pada 2 Januari 2010 ( Sabtu ) dari jam 9 pagi - 5 petang.
Antara pelajaran yang diajar di sini ialah ;

TARTIL QIRAAT AL-QURAN, HAFAZAN & FARDHU ‘AIN, IQRA’, CEPAT MEMBACA (BAHASA MALAYSIA), BAHASA ARAB, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, ASAS JAWI, TAUHID, AKHLAK DAN FEQAH ( PRAKTIKAL SOLAT )

Monday, November 2, 2009

Album Majlis Idilfitri 09

Pelajar beratur untuk pendaftaran...haa..siapa datang awal dapat nombor cabutan bertuah.

solat Asar berjemaah

Pelajar beri perhatian penuh mendengar ucapan daripada Pengurus Al Tartil Centre
Persembahan daripada pelajar Al Tartil Centre

adik Rafiq dan Radzif sedang berpantun...
persembahan nasyid daripada kumpulan Hafs....sedapnya suara adik-adik ni....
Ustaz Zulkiflee Bachik, Pengurus At Tartil Consultancy & Services, Singapura turut menyerikan majlis...menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Sesi Fotografi


Ayahanda Hj. Ab. Ghani b. Md Amin Imam Masjid Al-Ihsan merangkap Penasihat II Al Tartil Centre, membaca doa..

Juadah Raya

Terima kasih kepada pelajar yang membawa kek "Al Tartil" untuk dirasai bersama

Friday, October 23, 2009

Majlis Idilfitri 2009 meriah...

Alhamdulillah..tanggal 14 0ct 2009 al tartil dengan jayanya telah selamat mengadakan majlis hari raya aidil fitri. Majlis ini bermula dengan pendaftaran para pelajar pada jam 4 petang..namun sambutan diluar jangkaan kerana para pelajar telah mendaftarkan diri seawal jam 3 petang..ini kerana pelajar yang mendaftarkan diri 20 minit sebelum majlis bermula akan mendapat cabutan bertuah.

Setelah pelajar mendaftarkan diri para pelajar telah dihimpunkan di dewan altartil. Sambil menunggu waktu asar..seluruh penjuru dewan dihidangkan dengan halwa telinga yang menginsafkan diri iaitu dengan alunan-alunan selawat dan tasbih kepada yang esa. Solat asar yang diimami oleh suamiku tersayang, yang mana diakhiri solat asar juga dengan tasbih-tasbih memuji ilahi.Selesai mengerjakan solat asar,para pelajar mengambil tempat masing-masing.

Majlis ini dimulai dengan lagu altartil dan dipengerusikan oleh us mohd firdaus..satu-satunya ustaz yang berkhidmat di altartil.Aku memberi sepatah dua kata untuk merasmikan majlis ini,seterusnya cabutan bertuah diselangi dengan persembahan para pelajar.
Turut hadir di majlis ini juga ialah ayahanda dan bonda serta Ustaz Zulkifli sahabat suamiku dari singapura yang merupakan pengurus AtTartil consultancy & services. Kalian boleh layari laman web beliau... Http://attartil.multiply.com/

Majlis ini juga diteruskan dengan acara bergambar.oppss lupa!! Seramai 160 pelajar altartil hadir memeriahkan majlis ini.
Setelah selesai acara dewan..acara yang di tunggu-tunggu iaitu acara makan. Banyak juadah hari raya yang dibawa oleh para pelajar..termasuk sebiji kek yang ditempah khusus untuk altartil..majlis ini berakhir pada jam 6.45 petang yang meninggalkan sebuah memori di dalam lipatan kenangan yang sukar dilupakan untuk selamanya.
Terima kasih banyak kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.kepada para tenaga pengajar tanpa kalian siapalah altartil..kepada suamiku..tanpa sokongan moral darimu siapalah aku..oleh itu terima kasih banyak-banyak.

Friday, October 2, 2009

KELAS TALAQQI QIRAAT AL-QURAN

Kelas Talaqqi Qiraat al-Quran yang akan dibimbing oleh Ustaz Muhammad Amiri B. Ab. Ghani, Pensyarah KIAS akan dimulakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 5 Oktober 2009

Hari : Isnin

Tempat :Al Tartil Centre

Masa : 5.45 - 7.00 mlm ( Dewasa Muslimat )
: 9.30 - 10.45 mlm ( Dewasa Muslimin )

Yuran : RM 10.00 ( Pendaftaran )
: RM 20.00 - Yuran bulanan bagi Muslimat
: RM 30.00 - Yuran bulanan bagi Muslimin

Keterangan lanjut sila hubungi :
Pengurus Al Tartil Centre
Ustazah Hajar : 013-9237072

Thursday, October 1, 2009

PENDAFTARAN KURSUS " HAYYA BILUGHATIL QURAN" SESI OKT 09 - JAN 10

Pengenalan
Al-Qur’an dan al-Hadis adalah sumber utama bagi ilmu pengetahuan di dalam Islam. Kedua-dua sumber tersebut berpengantarkan bahasa Arab. Oleh itu, untuk memahami kedua-duanya memerlukan pengetahuan mengenai bahasa Arab sama ada dari segi kosa kata, tatabahasa dan semantika.Kursus ini cuba mengenengahkan beberapa tajuk penting di dalam ilmu bahasa Arab untuk memahami al-Qur’an dan al-Hadis melalui modul-modul yang disediakan.
Objektif
Selepas mengikuti kursus ini, insya-Allah peserta dijangkakan akan dapat :
* memahami maksud ayat-ayat al-Qur’an melalui kaedah-kaedah nahu dan sorf yang dipelajari.
* menggunakan kaedah-kaedah tersebut untuk memahami teks-teks berbahasa Arab yang lain.
* menggunakan bahasa Arab yang dipelajari dalam penuturan dan penulisan ringkas.
Kandungan Kursus
(Modul 1 = 30 jam):
Kajian Surah-surah berikut :
Al-Fatihah, Al-Nas hingga al-Qadr
Waktu Kuliah
Setiap Jumaat
Bermula pada 16 Oktober 2009
Masa Bagi Modul 1:
8.00 - 10.00 pg
Masa Bagi Modul 2 :
sesi 1) 10.00 - 12.00 tgh ( Bagi yang sudah ada asas Bahasa Arab )
sesi 2) 3.00 - 5.00 petang ( Bagi yang tiada asas Bahasa Arab )
Yuran Pengajian
RM 170.00 termasuk pendaftaran dan nota pengajian bagi satu modul.
Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan sepanjang tempoh pengajian setiap modul.
Daftar segera!! Tempat Terhad.
Bagi pendaftaran secara online sila click comments dan masukkan nama penuh, no ic dan nombor telefon.

Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS 'IDIL FITRI

Al Tartil Centre menjemput semua pelajar Al Tartil Centre ke Majlis 'Idil Fitri 1430 pada :

Tarikh : 14 Oktober 2009
Hari : Rabu
Masa : 4.30 - 6.30
Tempat : Dewan Al Tartil
Pelajar-pelajar yang datang 20 minit awal akan diberikan nombor untuk cabutan bertuah.

Semoga kehadiran adik semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut. Diharapkan pelajar-pelajar dapat membawa makanan atau kuih raya untuk dinikmati bersama Ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan rakan-rakan.

Sebahagian Pelajar-pelajar Al Tartil Centre bergambar sempena majlis 'Idil Fitri 2008